Selesai 4 exam, menanti exam terakhir pada hari Jumaat..
Aku ada cerita. Tapi xtau cerita ni cerita jenis apa. Kalau korang sudi, bacalah n beri pandangan.
Aku ni bukanlah orang yang jenis bergaul dengan ramai orang. Kawan pon xramai. Rupa-rupanya di sebalik aku berkawan, ada juga yang berhati dengki ea. Aku xtaulah siapa orang yang dengki kat aku. Tetapi boleh dilihat dengan jelas dan terang, kalau ada orang yang cuba merosakkan atau mencalarkan harta benda kita dengan sengaja, mesti ada orang yang dengki dengan kita. Aku xtau dari segi aspek ape orang itu nak dengki. Aku rasa setakat aku kat UKM, belom pernah aku buat jahat kat orang. Serious, aku xberani nak wat jahat.
Pagi tadi, letak kereta sekejap dekat parking bawah, sebab parking kereta macam biasa penuh. Naik bilik kejap pastu turun balik dengan niat nak pergi carik parking dan print. Aku macam biasala, susah nak alert dengan sesuatu benda. Cik Ashiya tunjukkan aku satu kesan calar dekat pintu kereta. Ok fine. Sikit je baru. Belom hot lagi. Sekali kitorang round satu body kereta, perghhhh menyirap darah ni naik kat kepala taw. Punya banyak kesan calar beb. 4 pintu paling ketara kesan calar. panjang beb. Kalau setakat calar sikit, aku boleh terima lagi. Ini dah sampai 1 body kereta, sapa xhangin??
Masa tu ada seorang makcik cleaner kat situ. Tanya dia samaada nampak x siapa2 yang duk menggatai calar kereta tuh. Makcik 2 jawab, xde. So, nak caya ke x eh? Kita abaikan dulu.
Masuk dalam kete. Bajet dapat tenangkan hati. Kononya. Tapi memang xley weyh. Dalam kereta je, ktorang mencarut habis ar. Siapa punya keje gila nih??!!!!... Kalau nak marah ktorang pon jangan sampai nak merosakkan harta benda. Banyak duit woo nak pakai. Banyak andaian yang ktorang wat.
Pertama, orang marah sebab parking kat situ. Tapi apa kes nak marah. Ktorang xkacau pon parking korang. Ktorang xkacau pon harta benda korang. Kalau sebab kete aku, moto korang xley kua, ruang besa lagi weyh. Senang je gerakkan motor korang tuh. Kalau nak kuakan kereta korang, ade lagi ruang kat sebelah muat untuk keluarkan kereta tu k.
Kedua, memang kerja orang gila atau mental. Orang ni mungkin satu urat saraf kat otak dah terputus. Bila da xcukup sambungan urat saraf tu, tu yang dia pi toreh semua jenis2 kereta ala-ala cantik macam kereta aku tuh. Kereta aku yang tak bersalah pulak jadi mangsa orang mental. Tu sebab kereta penuh dengan calar balar. HUH!! Tapi xkan ar dalam UKM ada orang sakit mental?? pergh, konfius aku. Apa pon sila berhati ea...
Ketiga, Ha!! Nih satu andaian yang memang aku rasa logik weyh..ADA ORANG DENGKI OR BENCI OR MARAH KAT AKU!!! Siapa yang dengki sangat kat aku tuh.
Hey! tolonglah aku da nak blah dari UKM pon, xkan nak dengki kat aku kot. Kot nak dengki pon nape xdengki dari dulu lagik. Kalau da memang benci sangat, da memang marah kat aku tahap gaban, sila la jumpa aku depan2. Aku xmakan orangla weyh..Ke ko tuh xley tengok orang ada kenderaan ha?? Hey orang yang dengki kat aku, aku nih baru je bawak kete kot ke UKM, bagi la peluang. Yang ko pi calarkan kereta aku napa ha????????????????????????????????
Memang serious aku marah kat ko k. Da la pengecut. Calar bila aku xda. Pengecut, penakut macam *****. Ko jangan buat aku mencarut kat sini weyh.... Elok2 blog aku suci, xpasal2 kotor sebab ko pengecut. Arghhh..Siapa yang wat tuh?? Serious, xdapat terima hakikat. Setiap kali aku tengok kesan tuh, automatik perasaan panas datang. Istighfar3..Tapi still menghantui diri. Aku doakan orang pengecut yang macam ****, hidup xkan tenteram selamanya. Lantak ko ar. Kat akhirat nanti apa yang ko buat pasti akan ditayang. Masa tuh semua orang tengok perangai ko yang xsenonoh 2. Insafla weyh...Banyak3 bertaubat. Nasib masa ko mencalarkan kereta tuh, nyawa ko xdicabut. Kalau la saat masanya ajal ko tiba, xsempat ko betaubat. INSAFLA orang berhati dengki kat aku..
Spoilkan mood aku untuk seharian. Aku bajet lepas print dapat la kemas2 bahan lab, tapi disebabkan ko PENGECUT, semua benda jadi stuck!! Hampas!!..
p/s : Siapa budak berhati dengki tu, sila mengaku dan tuntut kemaafan daripada aku, now!!!!!
Aku ada amik gambar hasil seni budak pengecut tuh, nanti ar aku upload...
Tapi aku xsangka, aku ada "MUSUH DALAM SELIMUT" rupanya. HUH!!
Last but not least, sila berbahagia budak pengecut aka berhati dengki!!
No comments:
Post a Comment