Argentina, Australia, Brazil, Belgium, Denmark, Canada, Czech Republic, Cyprus, Chile, Colombia, Germany, New Zealand, Mexico, India, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Spain, France, Italy, Netherlands, Peru, Portugal, Sweden, Viet Nam, South Africa, Saudi Arabia, Greece.United Kingdom, United States

Popular Posts

DUNIA AKHIR ZAMAN - Isteri Tendang Suami Bersolat -

ARISSA masuk ke dalam satu bilik secara senyap dan ternampak suaminya bersolat. Tanpa perasaan simpati, dia menendang suaminya dari belakang.

Perlakuan Arissa itu diistilah sebagai isteri kurang ajar yang tidak menghormati suami sehingga sanggup melakukan perbuatan di luar batasan.



Apa yang dilakukan Arissa itu antara paparan menarik dalam drama Tiupan Sangkakala terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd dan diarahkan Heykal Hanifah.



Arissa dilakonkan Rita Rudaini manakala Eman Manan yang menghayati watak Adi menjadi suami pada wanita itu.



Adegan Rita menendang suami ketika bersolat dilakukan ketika penggambaran di sebuah rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.



Penggambaran selama seminggu turut mengambil lokasi di sekitar Lembah Klang dan Hulu Langat.

Babak ini dapat disaksikan penonton apabila Tiupan Sangkakala disiarkan di TV3 menerusi slot Cerekarama pada 10 April ini, jam 10 malam.

Heykal berkata, adegan sebegini mungkin dianggap keterlaluan untuk dipaparkan menerusi drama TV, tetapi ia menjadi elemen penting kepada perjalanan plot.



"Adegan ini memberi impak kuat pada kisah yang ingin disampaikan. Dalam drama ini, Arissa tidak menghormati suaminya kerana dia berkahwin tanpa perasaan cinta selepas bapanya mengenakan syarat itu jika mahu mewarisi harta kekayaan.



"Sebenarnya, ada dua adegan yang memperlihatkan Arissa bertindak kurang ajar terhadap suami termasuk menendang Adi ketika mengurut kakinya. Begitu juga Arissa melayan orang gaji dengan kasar.



"Di peringkat awal, sepatutnya saya merancang untuk mewujudkan adegan Adi memandikan Arissa yang lumpuh akibat satu kemalangan. Bagaimanapun, adegan itu ditukar pada Adi mengurut kaki Arissa.



"Melihat pada adegan ini, saya percaya ia 'menjadi' kerana penghayatan mendalam daripada dua pelakon berpengalaman iaitu Rita dan Eman. Mereka mempunyai keserasian dan menjiwai karakter dengan berkesan.



"Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan Eman menerusi drama Ombak Laut Cina Selatan. Saya berpandangan Eman menunjukkan lakonan yang 'sempurna' dan boleh dibawa berbincang," katanya.



Kata Heykal, dia terbuka untuk berbincang dengan pelakon untuk mendapatkan lakonan yang lebih baik.



Bagi dua watak utama berkenaan, dia sememangnya berhasrat mengambil pelakon berpengalaman seperti Eman dan Rita berbanding pelakon baru lain untuk mendalami karakter.



Katanya, kedua-dua watak berkenaan memberi cabaran besar dan Rita bersama Eman menjadi kombinasi sesuai untuk menyampaikan plot dengan berjaya hingga menyentuh perasaan penonton.



"Watak Adi adalah guru agama yang turut dikenali sebagai tukang urut diminta bapa Arissa, Datuk Faid lakonan Ahmad Tarmimi Siregar agar memimpin anaknya itu.



"Untuk memastikan kehidupan Arissa lebih teratur, dia dijodohkan dengan Adi. Namun, pelbagai kejadian dan cabaran dilalui Adi selepas berkahwin.



"Arissa sering bersikap kurang ajar terhadap Adi. Sebaliknya, suaminya itu banyak bersabar dan berusaha membimbing Arissa menjadi isteri soleh," katanya.



-Cerita cerekarama di tv3 minggu ini, jom kte tengok beramai2 =))

sumber : here



No comments:

Post a Comment

Followers

Search This Blog

Popular Posts

Blog Archive