Argentina, Australia, Brazil, Belgium, Denmark, Canada, Czech Republic, Cyprus, Chile, Colombia, Germany, New Zealand, Mexico, India, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Spain, France, Italy, Netherlands, Peru, Portugal, Sweden, Viet Nam, South Africa, Saudi Arabia, Greece.United Kingdom, United States

Popular Posts

tapak kuari

minggu lepas, aku telah diarahkan oleh bos untuk pergi ke tapak kuari bersama dengan unit EIA (environmental impact assessment)..
dari shah alam ke rawang mengambil masa 1jam..

apa yang anda semua tahu tentang kuari??

apa yang aku paham, kuari ini melibatkan pemecahan batu...
daripada sebuah bukit dipecahkan menjadi satu kawasan yang rata bagi tujuan pembinaan...


banyak masalah yang boleh didapati daripada projek kuari ini..
semasa aku berada di tapak kuari, aku dapat lihat bagaimana persekitaran kuari itu boleh melibatkan pencemaran..

antaranya ialah :

pencemaran bunyi - (i) apabila batu2 itu hendak diletupkan. ia akan menimbulkan bunyi bising kepada penduduk setempat. rupa2nya, untuk meletupkan batu ini, pihak kuari tidak boleh suka hati hendak meletupkan tanpa adanya pegawai JMG (Jabatan Mineral dan Geosains) di tapak tersebut. (ii) bunyi kenderaan (lori) yang melalui kawasan perumahan. (iii) bunyi mesin2 kuari tersebut.


pencemaran udara - semasa pemecahan batu tersebut, habuk2 akan berterbangan tanpa kawalan di udara seterusnya merebak sehingga ke kawasan perumahan dan boleh menyebabkan penyakit.

pencemaran air - bilik stor di tapak tersebut sangat berselerak dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). tong2 yang berisi minyak hitam bertaburan dan minyak hitam tidak dibuang di kawasan kumbahan yang sepatutnya. minyak hitam itu dibuang ke atas tanah tanpa memikirkan apabila hujan turun, minyak akan teralir terus ke dalam sungai dan menyebabkan sungai kita tercemar.

begitulah antara penyebab pencemaran yang dapat aku lihat hasil daripada projek kuari ini.
tetapi, sekiranya tiada projek kuari ini, maka kawasan perumahan tidak dapat dijalankan dan kemungkinan ramai penduduk tidak akan mempunyai rumah yang selesa sebagaimana sekarang ini.

**banyak pengetahuan yang aku belajar walaupun baru sekali aku dapat berpeluang ke site. bagi aku, praktikal di alam sekitar ini telah menimbulkan kesedaran kepada aku bahawa betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar. bak kata seorang pegawai di JAS, apabila kita melakukan kesalahan pembunuhan, hanya melibatkan orang yang membunuh dengan orang yang dibunuh, tetapi apabila kita melakukan kesalahan alam sekitar, kita menyebabkan masalah kepada semua orang. kesimpulan yang aku dapat setakat ini, jagalah alam sekitar kita dan rancang strategi sebelum mewujudkan sesuatu pembangunan. jagalah bumi kita untuk generasi anak2 dan cucu cicit kita...=)


tapak di mana batu2 sedang dipecahkan

stor yang mengikut piawaian

lori yang mengangkut batu2 yang telah dipecahkan ke kilang simen untuk diproses


tong2 yang berselerak tanpa diletakkan di dalam stor


No comments:

Post a Comment

Followers

Search This Blog

Popular Posts