Argentina, Australia, Brazil, Belgium, Denmark, Canada, Czech Republic, Cyprus, Chile, Colombia, Germany, New Zealand, Mexico, India, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Spain, France, Italy, Netherlands, Peru, Portugal, Sweden, Viet Nam, South Africa, Saudi Arabia, Greece.United Kingdom, United States

Popular Posts

Showing posts with label pengorbanan ibu. Show all posts
Showing posts with label pengorbanan ibu. Show all posts

Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak..[part II]


Semalam entry aku berkisahkan Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak..[part I] .. Dan aku juga berjanji untuk menceritakan satu cerita yang berkaitan dengan entry tersebut.. Semalam aku tak dapat nak continue cerita tu sebab aku in not good mood.. Ntah kenapa rasa tak stabil.. Sekarang.. Suasana pagi perasaan tu agak stabil ea..

***********************

Okee.. Semalam berhajat nak ke rumah membe.. Niatnya nak pergi kelmarin tapi tak sempat nak pergi... So semalam freee.. tu yang pergi semalam..

Okee... Straight to the point semalam masa on the way ke rumah membe.. Aku pergi dengan adik.. Adik bawak kereta.. Continue balikkk...

Masa on the way tu kan.. Kitorang nampak sorang macik .. Macik ke? Macam sesuai pangkat nenek.. Nenek tu berjalan sambil membawa bakul dan tongkat.. Kitorang ingat dia nak balik rumah dia kat seberang jalan..

Selepas kitorang da melintasi nenek tu , kitorang pandang belakang.. Dari gaya dia tadi macam nak lintas jalan kan.. Rupanya bukan.. Nenek tu teruskan berjalan.. Cuaca agak panas jugak..

Ktorang patah balik dan tanya nenek tu nak ke mana kan.. 



Nenek : Nak.. Boleh tumpangkan nenek tak??

Aku : Nenek nak ke mana sebenarnyaa..

Nenek : Nenek nak ke jalan besar tu.. Nak tunggu bas dekat bus stop..

Aku : (dalam hati : perghhh..nak pergi bas stop berjalan kaki? Jauh gak tu kalau berjalan dengan keadaan orang tua macam nih..)

Aku : Ha nek..Naik2..Ktorang hantarkan..

Nenek : Terima kasih nak.. Nenek nak ke Klang sebenarnya.. Carik makanan.. Anak-anak semua kerja.. Sorang anak je tinggal dengan nenek..Tu pon tengah demam..

Aku : Oww..yeakea..

Nenek : Macam ni la bila keadaan da tua.. Anak-anak kerja.. Sampai tak ingat nak jenguk.. Rumah yang nenek tinggal tu pon rumah sewa je..

Aku : Terkeduuuu




Da sampai depan bus stop tu.. Nenek tu macam susah sikit nak jalan sebab katanya kakinya sakit.. Yela.. Umur-umur macam tu memang da tak kuatkan..Hmmm..




So, moral yang aku dapat kat sini, bila kita sebagai anak ni dah kerja atau sudah ada family, janganlah dilupakan mak bapak yang masih hidup.. Dan yang paling penting pastikan kebajikan mereka terjaga.. Selalu melawat mereka.. Sebab mereka dah tak nak apa-apa dari kita melainkan kita sentiasa ingat mereka dan yang paling utama sesibuk mana kita dengan kerjaya, mesti dan wajib menziarahi mereka..


Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak..[part I]

Fuhhh..
Salam...
Dah selesai teraweh?
Dah moreh?
Hope semua sudah la ea..


**********************************

Korang pernah dengar tak..


"Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak"


Aku setuju dengan ayat tersebut..
Berdasarkan pandangan keamatan aku terhadap persekitaran dan sekeliling orang yang terdekat telah membuktikan kata-kata itu amat benar sekali..


Mungkin satu keajaiban bahawasanya sepuluh orang anak berjaya menjaga seorang ibu tanpa sekelumit rasa tidap puas hati atau menimbulkan pergaduhan..


Satu keajaiban juga jika sepuluh orang anak itu bersama-sama menjaga seorang ibu tanpa mengharapkan sesen dari ibu tersebut..


Memang keajaiban jika situasi tersebut berlaku..Sekiranya ada, sila buktikan dan ternyata anak-anak itu memang terdidik dan tahu akan tanggungjawab sebagai orang anak..


Situasi itu memang aku sangat respek gila-gila sebab mungkin 1 dalam trilion juta orang akan berlaku..
Berdasarkan fakta apa?

Realiti..







Berbalik kita kepada realiti dan bukan kepada keajaiban..
Sedarlah si anak bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu..
Kasihanilah ibumu..
Sesungguhnya saat-saat tua itu beliau amat memerlukanmu..
Jangan kau tangisi pemergiannya jika kau mengabaikan ibumu..
Temani beliau disaat nafanya masih utuh.
Temani beliau dengan berbicara apa sahaja..
Si anak..
Kau tidak pernah mengalami saat tua itu
Sebab kau masih dengan hal duniawi
Sedangkan adakah hal duniawi itu akan menjamin pertolongan kau di SANA
Renung-renungkanlah !!



p/s : mungkin aku salah seorang anak yang tidak memahami isi hati seorang ibu tetapi aku berharap saat masanya aku bersama emak tak kira apa yang berlaku..
p/s : aku ada satu cerita berkaitan dengan entry ini..nanti aku update lagi ea..mood tak berapa stabill...



Makkk... Along sayang makk..Huhu



Surat daripada insan yang bergelar IBU...

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…







::Pengorbanan ibu tidak akan dapat dibalas,
::Pengorbananmu membolehkan aku bernafas di dunia ini,
::Pengorbananmu juga membolehkan aku mengenal erti hidup di dunia dan akhirat,
::Pengorbananmu sangat tinggi wahai Ibu,
::Mampukah aku menjagamu seperti Ibu menjaga diriku sewaktu kecilku,
::Mampukah aku menyempurnakan hajatmu Ibu sebagaimana Ibu menyempurnakan hajatku,
::Ibu, aku cuba untuk menjadi anak yang dengar kata-katamu wahai Ibu,
::Terima Kasih Ibu, Pn. Zailah Nasipan kerana melahirkan aku dan adik-adikku yang sekarang
sudah besar panjang :)


Followers

Search This Blog

Popular Posts