Argentina, Australia, Brazil, Belgium, Denmark, Canada, Czech Republic, Cyprus, Chile, Colombia, Germany, New Zealand, Mexico, India, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Spain, France, Italy, Netherlands, Peru, Portugal, Sweden, Viet Nam, South Africa, Saudi Arabia, Greece.United Kingdom, United States

Popular Posts

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

sambungan : satu cerita tentang LOVE



terjalinnya hubungan cinta antara Nabi Adam dan Hawa, maka keturunan manusia dapat membiak hingga ke hari ini. wujudlah kita di hari ini lantaran adanya peranan cinta.

rasa cinta pasti ada pada setiap makhluk yang bernyawa. cuma kadang-kadang manusia ini, terlalu mengikut kehendak cinta, hingga menggagalkan kehidupan mereka. cinta nafsu diturutkan. hingga ada yang sanggup membunuh diri bahkan kadangkala membunuh orang lain kerana cinta.

cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, adalah sebenar-benar cinta. selainya adalah palsu. cinta kepada apa yang wujud di dunia ini, semuanya tidak kekal. bagaimana kuat hubungan seseorang itu terhadap seseorang yang lain atau kepada benda, semua tidak berpanjangan.

apabila kita mati, apa yang kita cintai akan ditinggalkan di dunia. hanya kain kafan yang layak dibawa ke kubur. selebihnya adalah amalan kerana Allah sahaja yang dapat dijadikan bekalan untuk dihadapkan kepada Allah Yang Maha Kuasa.

selain itu, tiada apa yang dapat menolong kita kecuali amalan-amalan yang diterima Allah.

kembalilah manusia kepada mencintai Allah, dengan mengikut segala perintah Allah. membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya. disebalik menyintai Allah, manusia lain akan turut menyintai dan menyayangi kita. kejarlah cinta Allah agar kita dicintai!!

mudah-mudahan.....









sumber : hakikat cinta



-sesungguhnya kita sering alpa dan begitu mencintai duniawi pada hakikat cinta akhirat adalah lebih memberi keuntungan dan kenikmatan-
(sama2 memperbaiki kesilapan diri)



satu cerita tentang LOVE

selesai sudah satu kerja..
alhamdulillah..

nak share satu cerita..


"cintailah cinta yang dihati,
itu cinta yang sejati.
cinta di mata cinta palsu"


'CINTA' suatu perkataan yang tidak asing lagi kepada manusia. manusia tidak boleh lari dari perasaan mencintai ataupun dicintai oleh seseorang. cinta memainkan peranan yang besar dalam kehidupan.

manusia tidak boleh lari dari masalah cinta. apa hakikat cinta yang sebenar. pada siapa hendak meletakkan cinta??

cinta suatu perasaan yang suci yang telah Allah kurniakan pada manusia. manusia berhak untuk meletak atau memberikan cinta kepada sebarang manusia. tetapi biarlah cinta itu selaras dengan kehendak Allah. supaya dengan cinta itu ianya menjadi ibadah kepada kita.

lihatlah, bagaimana Allah mencipta Hawa untuk dijadikan pasangan hidup Nabi Adam. Nabi Adam keresahan hidup di Syurga, kerana tidak mempunyai teman. apabila Nabi Adam menurut kehendak Hawa memakan buah khuldi, lantas terlantar mereka berdua di dunia yang fana.

mungkin ini adalah pengorbanan cinta antara mereka berdua. namun 1000 penyesalan dan taubat telah mereka lakukan. sekarang Allah telah menerima taubat dan penyesalan mereka.



sambungan



**kita nih bila lagi???


Followers

Search This Blog

Popular Posts