Argentina, Australia, Brazil, Belgium, Denmark, Canada, Czech Republic, Cyprus, Chile, Colombia, Germany, New Zealand, Mexico, India, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Spain, France, Italy, Netherlands, Peru, Portugal, Sweden, Viet Nam, South Africa, Saudi Arabia, Greece.United Kingdom, United States

Popular Posts

Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts

Ketangkasan Lin Dan, Kehebatan Lee Chong Wei


Haiya..Memang sebenarnya sudah dijangka emas untuk badminton single lelaki akan jatuh ke tangan si handsome tuh..Aku je yang tak sabar nak sangat tengok keajaiban..Aisshhh...


Memang ternyata Lin Dan bukan calang calang pemain badminton oke..Walaupun dia dapat menguasai game set 1 dan hilang fokus sekejap di set 2, ternyata kebangkitannya dalam set 3 melayakkan Lin Dan merangkul emas seterusnya mengalahkan Lee Chong Wei pada set ketiga dengan mata 21-10..Perbezaan mata yang agak ketara, tapi persembahan Chong Wei di Sukan Asia ini menurut pandangan aku agak memberangsangkan..Sebabnya, dia mampu menundukkan Lin Dan pada game kedua..Cuma game ketiga dia sudah mula hilang keyakinan dan kebanyakan mata yang Lin Dan peroleh adalah daripada kesalahan Chong Wei sendiri...


Lin Dan tidak dinafikan memang expert gilak di bahagian net..Aku cukup kagum dengan kehebatanya dan ketangkasannya..Chong Wei pon tak kurang hebatnya..Cuma mungkin dia perlu mempositifkan diri dan menambahkan keyakinan diri untuk tidak mudah give up..Cayalah Chong Wei, walaupun hanya perak di tangan, dia mampu menangkis serangan daripada Lin Dan..Perlawanan hampir satu setengah jam menunjukkan betapa hebatnya mereka berdua..


Suara Bisik Bisik : Owh Lin Dan, boleh tak saya jadi mentee awk? Haha..

opss..apekah motip gamba ini? Lin Dan kiri, Violet kanan..Ha ha..
Kuat betol berangan ^^

Aku Sangat Kecewa dengan Kau tapi Aku Berbangga dengan Kau


Yea..Luahan itu sangat tepat dengan diriku..Aku kecewa dengan kau..Aku amat bersedih hati dengan kau..Penat sudah aku memberi semangat kepada kau..Berjuih air liur aku memberi nasihat hanya untuk kau..Tapi, kenapa kau mengecewakan aku..Kenapa kau tidak membuatkan hati aku gembira malam ini..Aku menumpaskan air mata darah sekalipun, kau tetap begitu..Tiada yang mampu mengubah selain kau..




Tapi, ternyata kau sudah mengecewakan aku..Memutuskan harapan palsumu..Kenapa Kien Keat?? Kenapa Tan Boon?? Kenapa tak mempertahankan mata untuk Malaysia..Kenapa membiarkan Markis Kido dan Hendra Setiawan memburu emas..Kenapa?? Kenapa?? waaaaa....

*****

Sebenarnya, masih tidak dapat menerima hakikat Malaysia tidak memperoleh pingat emas yang ke-4, pasangan Malaysia tumpas di tangan pasangan Indonesia di set ke 2 dan ke 3 dengan pungutan mata 24-26 dan 19-21..Persembahan yang dipersembahkan oleh Malaysia ternyata mantap dan mempunyai semangat berjuang sampai akhir..Cuma, iyelah rezeki untuk merangkul pingat emas ke-4 ternyata tidak bernasib baik..Hanya mampu merangkul pingat perak dan tidak dapat mengekalkan kejuaraan seperti 4 tahun lepas di Doha, Qatar..Walaupun hanya pingat perak, aku sangat berbangga dengan pasangan bergu, perjuangan diselesaikan sehingga titik akhir..Cayalah handsomes!! Ha ha...


Esok malam, akan kita saksikan perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan..Adakah Chong Wei mampu menumpaskan Lin Dan yang cukup sempurna dari setiap aspek dalam permainan badminton.. Mungkinkah Chong Wei dapat menebus kekalahannya pada sukan Piala Thomas dengan persembahan beliau pada sukan tersebut yang kurang memberangsangkan dan berdaya saing..Kita tunggu esok ea..Mudah-mudahan nasib menyebelahi Malaysia dan Chong Wei mampu mencipta keajaiban..Mungkin terjadi..Siapa tahu kan..Sama sama kita sokong ea..


Who Will Win??
Datuk Lee Chong Wei @ Lin Dan??

Vote for Lee Chong Wei, Ok? 


Esok, kita semua jadi pom pom gurl, jom!! He he (only for girls, wanna join me =p)





Suara Bisik Bisik : Cerekarama Karma Salina arahan Erma Fatima, thumbs up!! 
Nak tengok picture? Sila KLIK SINI.





My Heroes


Tengok Amazing Race tadi, memang dapat rasa team Malaysia akan tersingkir..Waaaa..Nape mesti Ethan n Khairie yang tersingkir..Nape bukan pasangan Richard..Sedihh..Huuu...Tapi, dorang nih silap jugak..Pilih cabaran salah..Kalau lah tak pilih cabaran kubur tuh, mesti dorang masih dalam perlumbaan taw..Tapi, da tak de rezeki dorang, nak wat camne kan..Emm..Jes n Lani makin mantap, 2 kali berturut menang tempat pertama..Mungkinkah dorang ni bakal juara?? Tunggu je la...




Tapi kan dorang ni party girl la..Hailaaa~~

*******

Ha, Sukan Asia pulak..Apa perkembangan? Masih 3 emas kan..Baru tadi tengok game badminton bergu, team Malaysia lawan team Jepun..Fuh!! Memang berdebar gilak tengok set ketiga..Mana taknya persembahan team dari Jepun agak bagus compare team Malaysia..Banyak gila mistake, careless, less interaction..Macam kelam kabut sket..Mungkin tension kot..Kurang semangat compare masa tengok team Malaysia lawan China masa semi final untuk Piala Thomas pertengahan tahun hari tuh..Tu memang mengancam la..Walaupun kita kalah di tangan China, ternyata pasangan Boon n Keat memang bersemangat..Mungkin main kat tempat sendiri kot...Mujurlah, even banyak mistake pon, team Malaysia masih dapat melangkah ke Semi Final..Fuyoo..Hilang debaran...He he..Moga-moga hari esok, bertambah lagi emas untuk Malaysia ea..Amiinnn...Game Datuk Lee Chong Wei esok pagi..Sokong Malaysia beb..!! ^^

Koo Kien Keat – Tan Boon Heong

Koo Kien Keat & Tan Boon Heong --->> Hensem..muahahaha 

Onion Display PicOnion Display Pic


Suara Bisik Bisik : Semangat bercoti depan tv jah..Coti korang macamane? Mesti mengancam kan..Happy holiday :)



Followers

Search This Blog

Popular Posts