Argentina, Australia, Brazil, Belgium, Denmark, Canada, Czech Republic, Cyprus, Chile, Colombia, Germany, New Zealand, Mexico, India, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Spain, France, Italy, Netherlands, Peru, Portugal, Sweden, Viet Nam, South Africa, Saudi Arabia, Greece.United Kingdom, United States

Popular Posts

Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak..[part II]


Semalam entry aku berkisahkan Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak..[part I] .. Dan aku juga berjanji untuk menceritakan satu cerita yang berkaitan dengan entry tersebut.. Semalam aku tak dapat nak continue cerita tu sebab aku in not good mood.. Ntah kenapa rasa tak stabil.. Sekarang.. Suasana pagi perasaan tu agak stabil ea..

***********************

Okee.. Semalam berhajat nak ke rumah membe.. Niatnya nak pergi kelmarin tapi tak sempat nak pergi... So semalam freee.. tu yang pergi semalam..

Okee... Straight to the point semalam masa on the way ke rumah membe.. Aku pergi dengan adik.. Adik bawak kereta.. Continue balikkk...

Masa on the way tu kan.. Kitorang nampak sorang macik .. Macik ke? Macam sesuai pangkat nenek.. Nenek tu berjalan sambil membawa bakul dan tongkat.. Kitorang ingat dia nak balik rumah dia kat seberang jalan..

Selepas kitorang da melintasi nenek tu , kitorang pandang belakang.. Dari gaya dia tadi macam nak lintas jalan kan.. Rupanya bukan.. Nenek tu teruskan berjalan.. Cuaca agak panas jugak..

Ktorang patah balik dan tanya nenek tu nak ke mana kan.. 



Nenek : Nak.. Boleh tumpangkan nenek tak??

Aku : Nenek nak ke mana sebenarnyaa..

Nenek : Nenek nak ke jalan besar tu.. Nak tunggu bas dekat bus stop..

Aku : (dalam hati : perghhh..nak pergi bas stop berjalan kaki? Jauh gak tu kalau berjalan dengan keadaan orang tua macam nih..)

Aku : Ha nek..Naik2..Ktorang hantarkan..

Nenek : Terima kasih nak.. Nenek nak ke Klang sebenarnya.. Carik makanan.. Anak-anak semua kerja.. Sorang anak je tinggal dengan nenek..Tu pon tengah demam..

Aku : Oww..yeakea..

Nenek : Macam ni la bila keadaan da tua.. Anak-anak kerja.. Sampai tak ingat nak jenguk.. Rumah yang nenek tinggal tu pon rumah sewa je..

Aku : Terkeduuuu




Da sampai depan bus stop tu.. Nenek tu macam susah sikit nak jalan sebab katanya kakinya sakit.. Yela.. Umur-umur macam tu memang da tak kuatkan..Hmmm..




So, moral yang aku dapat kat sini, bila kita sebagai anak ni dah kerja atau sudah ada family, janganlah dilupakan mak bapak yang masih hidup.. Dan yang paling penting pastikan kebajikan mereka terjaga.. Selalu melawat mereka.. Sebab mereka dah tak nak apa-apa dari kita melainkan kita sentiasa ingat mereka dan yang paling utama sesibuk mana kita dengan kerjaya, mesti dan wajib menziarahi mereka..


mother is everything-emak adalah segalanya-

aku terbaca sebuah cerita di 1 blog ini yang membuatkan aku xsabar2 nak balik rumah jumpa emak...........
cuba kawan2 semua baca dan hayatilah........


Kepada sesiapa yang masih ada ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya
untuk shopping bersamanya kerana dia
menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah
bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah
orang yang sabar, tetapi walaupun demikian
kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang
menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya
mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan
mengembalikan semuanya. Seiring hari yang
berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas
riak2 kecewa di wajah ibu.
Akhirnya pada butik terakhir yang kami
kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang
cantik .

Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu
saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu
mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah
mencuba untuk mengenakannya. Ternyata
tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat
melakukannya, seketika ketidaksabaran saya
digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam
kepadanya.

Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa
saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian
tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya
tetap saja kembali pada saat berada di dalam
fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu
saya yang sedang berusaha mengenakan
pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan
kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk
saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya
dengan cara yang paling berbekas dalam hati
saya.

Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,
lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,
saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua
tangan tersebut adalah tangan yang paling
indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa
Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan
sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya
kasih sayang yang penuh pengorbanan dari
seorang ibu.


Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari
kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki
keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang
begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat
menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother

" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH
CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA
".
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........


**pengorbanan insan yang bergelar emak sangat besar kepada kita, janganlah sesekali menyakiti hati emak kita kerana syurga di bawah telapak kaki ibu....**
**kawan2 bahagiakan lah emak kalian dan peringatan kepada diriku juga...**

Followers

Search This Blog

Popular Posts