KANGAR: Keadaan banjir di Perlis semakin surut tetapi 8,645 mangsa daripada 1,217 keluarga masih lagi ditempatkan di lebih 30 pusat pemindahan sehingga pukul 1.30 tengah hari ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, berkata, angka itu akan terus berkurangan kerana paras air semakin surut.
Sementara itu, kesemua jalan di bandar Kangar kini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan pusat-pusat perniagaan beroperasi seperti biasa.
----------------------
Oke, itu berita terbaru yang saya baca di myMetro. Masa kejadian puting beliung di Perlis, saya ada terbaca berita tersebut. Tapi masa tu langsung tak teringat adik lelaki saya berada di sana. Then, bila kejadian banjir di Perlis, saya masih tak teringat adik sendiri. Langsung tak bertanya apa habar dia kat sana. Tup tup cik Ashiya tibak tibak ingatkan :
Cik Ashiya : Eh, bukan akmal ada kat Perlis ke?
Saya : Aah la..Macamane bole terlupa dia kat sana. Padahal ada berita pasal puting beliung hari tuh. Apa punya akak la saya kan. Aiyaa...
Antara butir bicara saya bersama Cik Ashiya selepas membaca berita mengenai kejadian banjir di Perlis dan Kedah. Pas tuh terus mesej si adik tanya khabar. Mujurlah di Uitm tak terlibat dengan banjir. Cuma jalan di Bandar Kangar ditutup. Bekalan makanan untuk student Uitm pon tersekat. Adik makan megi aja. Tak taula bapa lame depa makan megi jah. Dengar ari tuh tak dak air plak. Dugaan dugaan.
-Mangsa banjir, Adik Laki-
Perkara yang sama terjadi masa saya di Matriks Johor. Tahun 2005, tahun malapetaka bagi rakyat Johor yang terlibat dengan kejadian banjir. Ingat lagi tak? Masa tuh Matrik tak banjir tapi tak dak bekalan air. Sebab, empangan di Muar pecah kalau tak silap. Da tuh coti seminggu pulang kampung Batu Pahat. Kampung banjir masuk dalam rumah. Mujur ada rumah atas.
Sebenarnya, kejadian banjir disebabkan perbuatan manusia jugak. Cuba renungkan di sebalik kejadian dan tragedi tu merupakan suatu pembalasan dosa yang pernah kita lakukan kan.? Kalo bukan kita yang lakukan, mungkin saudara se-Islam kita. Sama sama kita saling mengingatkan ea...
SuaraBisikBisik : Nak tahu kesah Wanita Bergincu dan Wuduk?? KLIK SINI
No comments:
Post a Comment