Walaupun hendak bermuka buku bagaikan tiada perasaan, untuk hari ini buka muka buku dan terbuka satu video ini..Sedang menikmati bagaimana terbentuknya manusia di pertengahan jalan, aku tidak dapat menahan sebak kerna begitu indah rupanya kehidupan kita di alam rahim satu masa dahulu..Satu persatu proses itu ditunjukkan dimulai dengan hero yang dipanggil sperma berusaha menawan hati seorang heroin. Pelbagai sperma berlumba lumba untuk mendapatkan hati sebuah ovum..Owh, begitu teruja melihat kesungguhannya lalu terbentuklah zigot secara saintifiknya dan terbentuk embrio yang melekat di rahim kita....
JOM, saksikan bagaimana Hero tersebut memikat Heroinnya~~
Klik LINK ini..
Tak tahu macamana nak share video nih. So, korang klik link tu dan hayati ea..
Sampai satu tahap, baby itu dibuang dan ditinggalkan..Owh, aku tak sanggup rasanya hendak melihat baby itu dibuang merata rata. Kepada mereka, tolonglah, anda sudah lakukan satu dosa, jangan ditambahkan lagi dengan dosa membuang baby yang tak berdosa. Jaga dan peliharalah mereka kerana mereka berhak untuk hidup..
Lihatlah wajah redup anak anak kecil ini. Kan boleh menyejukkan hati, menenangkan hati. Kenapalah ada yang sanggup membuang, sampai hati korangkan ;(
Betapa comelnya dia
Mereka berhak untuk bernafas. Dibelai dengan kasih sayang.
Ternyata anak kecil ini memang comel.
Mata dia menyejukkan hati.
Indah dunia dengan melihat si kecil tidur dan dijaga rapi.
Keceriaan mereka pengubat segala duka dan keresahan.
Yea, mungkin aku belum merasai betapa indah mempunyai baby sendiri. Tapi berdasarkan pemerhatian saudara mara yang sudah punya anak, terserlah wajah keceriaan mereka dengan lahirnya si anak kecil. Meriah rumah dengan gelak tawa mereka. Dengan tangisan mereka..Jadi, korang korang, pikirlah dulu sebelum membuang anak kecil ni ea..Kasihanilah mereka. Renunglah mata redup mereka..Punya maksud yang sukar untuk diertikan...
SuaraBisikBisik : Aku emang suka baby..Geram tengok pipi gebu..Jalan terkedek kedek..He he..Bestnyeeee ^O^..Tak lupa juga, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ;)
No comments:
Post a Comment