saat tiba masanya
menjelang hari itu
ku rasakan ia semakin menghampiri
tak ku duga
sepantas kilat masa berlalu
duhai hati
tenanglah
semoga hari itu
lancar berlalu
pantas menepis
apa yang membeku
setiap yang terjadi
memberi pengajaran
mengajar erti
sebuah kesabaran
supaya dapat berhadapan
dengan makhluk Tuhan
yang pelbagai
beza hati
beza jasad
beza pendapat
beza kemungkinan
Ya Tuhan
lindungi hamba-Mu ini
kudratnya tidak seberapa
kuatkan hatinya
kuatkan imannya
kuatkan mentalnya
secara fizikal
nampak tiada apa yang berlaku
dalamannya
hanya Kau yang tahu
No comments:
Post a Comment