lama sudah aku tidak mengupdate blog kesayangan
aku ada satu cerita, satu luahan, satu perasaan.....
bulan 3 @ Mac,
bulan yang amat memberikan kesan kepada diriku
bulan yang membuatkan kehidupanku hampir tidak terurus
bulan yang menyebabkan aku hampir kehilangan satu unsur penting dalam badan iaitu oksigen
bulan yang boleh membuatkan dadaku kembung
jiwaku terseksa
mental terusik
fizikal penat
yea..
semestinya fizikal dan mentalku begitu penat sebenarnya..
penat dalam menghadapi projek akhir yang bakal menentukan sama ada diri ini layak menerima skrol ijazah atau tidak
diri ini rela menghadapi semua itu agar cita-cita mendapatkan gelaran ijazah @ degree berjaya
tetapi memang sangat penat sehingga kata2 ini tidak mampu untuk menggambarkan perasaan penat itu
hanya diri ini yang merasainya
sekarang ini mampu meluahkan sedikit kelegaan
Alhamdullillah
kerana mampu menyiapkan tesis saat2 akhir
walaupun hakikat sebenar ia tidak lengkap
tahniah kepada diri
dan tahniah kepada rakan2 yang sudah lengkap berhantar
kepada yang bergelumang,
sila teruskan usaha anda
walaupun penat, atleast kita sudah berusaha
jangan hangit di separuh jalan
hakikat sebenar, aku tidak sanggup meneruskan perjalanan yang sukar ini
nampak mudah tapi onak duri terpaksa ditempuhi
hanya orang yang alami mengetahui
penat + usaha + tawakal = kejayaan
sekian!!
No comments:
Post a Comment