owh blogku..
kau kelihatan seperti nyawa2 ikan...
seperti tuanmu jua yang hampir separuh nyawa bernafas sebagai pelajar tahun akhir sehingga mengabaikan mu untuk sementara waktu..
kini..ku kembali untuk menghidupkanmu setelah lama aku menyepi menghilangkan diri bertapa di gua ukm yang agak kelam kabut seketika dalam hidup tuanmu ini..
tuanmu ini sebenarnya memerlukan satu percutian yang sangat menghiburkan untuk membuang segala kekusutan di kepala serabutnya tanpa diganggu oleh sesiapa..
bolehkah tuanmu ini membuat satu permintaan untuk bercuti di sebuah pulau yang dikelilingi oleh pantai sambil mendengar deruan ombak yang mungkin boleh menghanyutkan segala kekusutannya???
adakah tuanmu ini berpeluang untuk menikmati percutian itu?
agak2nya, adakah seseorang yang sanggup untuk menemaniku pergi merehatkan fikiranku sekiranya mempunyai masa lapang?
bila lagi tuanmu ini hendak berehat?
setelah selesai sem empat yang lalu, segera melaksanakan tanggungjawab sebagai 'praktikal student' dan meneruskan semula sem baru tanpa mendapat kenikmatan kerehatan yang mencukupi...
kemudian tuanmu ini berterusan menyumbatkan ilmu2 kimia di dalam kotak simpanannya sehingga kotak simpanannya hampir penuh dan memerlukan kotak simpanan baru..
datang pula satu tugas yang amat menakutkan dan menggerunkan kepada tuanmu ini iaitu tugas yang dinamakan 'tesis'..
begitu berat rasanya tuanmu ini untuk memikul beban tahun 3..di ulang, tuanmu ini sudah berada di tahun 3..
wow!! tuanmu ini memang tidak percaya dirinya itu sudah berada di tahun 3, memaksa dirinya untuk pulun demi menyelesaikan tugas yang dinamakan 'tesis' itu..
sehingga saat ini, tuanmu masih tidak bergerak dan masih kekeringan idea untuk mengolah tugas 'tesis; yang diterima..
tugas yang dinamakan 'tesis' itu dengan lebih spesifik bertajuk "Kajian Kinetik Tindak Balas Pengoksidaan Elektrokimia Bahan Pewarna Malachite Green"..
di saat ini juga tuanmu sedang berusaha untuk mengumpul semua koleksi jurnal yang berkaitan dengan tugas tersebut...
pada siang hari tuanmu ini baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab terakhir sebagai 'praktikal student' di mana satu pembentangan mengenai aktiviti sepanjang 'praktikal' telah disampaikan di hadapan profesor dan beberapa rakan tuanmu yang lain..
blog, tuanmu ini memang mempunyai masalah komunikasi di hadapan orang ramai di mana perasaan gugup selalu menyerang dirinya apabila tiba saat pembentangan..
itu baru pembentangan kecil belum lagi merasai pembentangan untuk tugas yang dinamakan 'tesis' itu (viva)..
tuanmu ini perlu berusaha dengan lebih kuat dan yang penting jangan cepat mengalah(berusaha untuk mempositifkan diri sendiri)..
tuanmu ini hendak meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir dengan segera dan mungkin tidak selalu menjengahmu wahai blog...
perasaan tuanmu yang tidak dapat dibendung -violet-

No comments:
Post a Comment