Argentina, Australia, Brazil, Belgium, Denmark, Canada, Czech Republic, Cyprus, Chile, Colombia, Germany, New Zealand, Mexico, India, Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Spain, France, Italy, Netherlands, Peru, Portugal, Sweden, Viet Nam, South Africa, Saudi Arabia, Greece.United Kingdom, United States

Popular Posts

jadi popular


siti nurhaliza yang dipenuhi gosip


mawi dan ekin yang popular sekejap..la ni da sonyap..


seronok ke jadi orang popular?
seronok ke bila da jadi orang popular, orang lain sebuk nak tahu hal kehidupan orang popular itu?
kenapa bila da jadi popular, orang lain begitu 'excited' mengenai apa jua pasal pasal orang popular itu?

hurmmmm~~~~


aku nak jadi popular juga..boleh x? (^-*)
-entry yang entah ape2-
-xsuka? jgnla baca, senang hidup, haha-

bahagian tubuh paling bererti...???

hari ini aku ada satu cerita untuk dikongsi bersama, hayatilah....

___________________________________________________________________

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datukku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis.Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

______________________________________________________________________

lagu yang sesuai dengan cerita di atas ialah "A Shoulder to Cry On"
1st time aku dengar, aku da terpikat..
layan!!!




Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When its headed for the ground
And theres nothing more painful
Then to let your feelings take
You down

Its so hard to know
The way you feel inside
When theres many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You wont be alone
Ill be there
Ill be your shoulder to cry on
Ill be there
Ill be your friend to rely on
When the whole worlds gone
You wont be alone cause Ill be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
Theres no use going on
You cant give it up
Ill help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
Ill always be the one
A shoulder to cry on continued

To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Chorus:

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole worlds gone, you wont be alone
cause Ill be there
Ill be your shoulder to cry on
Ill be there
Ill be the one to rely one
When the whole worlds gone, you wont be alone
cause Ill be there
And when the whole world is gone
Youll always have my shoulder to cry on

kembali dengan orang pelik






kembali untuk mengaktifkan blog sebab aku agak xberapa nak paham pasal jurnal yang aku baca, jadi aku mengambil langkah inisiatif untuk meng0n9, lantas aku ternampak gambar ini yang sangat memelikkan dan agak memualkan aku melihatnya..yuksss...
korang rasakan kenapa orang ini sanggup untuk memasukkan ular ke dalam lubang hidungnya yang aku dapat rasakan kesakitannya..
kenapa perlu melakukan sesuatu yang menyakitkan badan kita??
orang ini adalah jenis yang sanggup menyakitkan badan demi untuk 'glamor'..huhu..
betul ke?
tapi...
ada apa pada hidup yang 'glamor'??

--renung2kan--

--detik setiap detik--

owh blogku..
kau kelihatan seperti nyawa2 ikan...
seperti tuanmu jua yang hampir separuh nyawa bernafas sebagai pelajar tahun akhir sehingga mengabaikan mu untuk sementara waktu..
kini..ku kembali untuk menghidupkanmu setelah lama aku menyepi menghilangkan diri bertapa di gua ukm yang agak kelam kabut seketika dalam hidup tuanmu ini..
tuanmu ini sebenarnya memerlukan satu percutian yang sangat menghiburkan untuk membuang segala kekusutan di kepala serabutnya tanpa diganggu oleh sesiapa..
bolehkah tuanmu ini membuat satu permintaan untuk bercuti di sebuah pulau yang dikelilingi oleh pantai sambil mendengar deruan ombak yang mungkin boleh menghanyutkan segala kekusutannya???
adakah tuanmu ini berpeluang untuk menikmati percutian itu?
agak2nya, adakah seseorang yang sanggup untuk menemaniku pergi merehatkan fikiranku sekiranya mempunyai masa lapang?
bila lagi tuanmu ini hendak berehat?
setelah selesai sem empat yang lalu, segera melaksanakan tanggungjawab sebagai 'praktikal student' dan meneruskan semula sem baru tanpa mendapat kenikmatan kerehatan yang mencukupi...
kemudian tuanmu ini berterusan menyumbatkan ilmu2 kimia di dalam kotak simpanannya sehingga kotak simpanannya hampir penuh dan memerlukan kotak simpanan baru..
datang pula satu tugas yang amat menakutkan dan menggerunkan kepada tuanmu ini iaitu tugas yang dinamakan 'tesis'..
begitu berat rasanya tuanmu ini untuk memikul beban tahun 3..di ulang, tuanmu ini sudah berada di tahun 3..
wow!! tuanmu ini memang tidak percaya dirinya itu sudah berada di tahun 3, memaksa dirinya untuk pulun demi menyelesaikan tugas yang dinamakan 'tesis' itu..
sehingga saat ini, tuanmu masih tidak bergerak dan masih kekeringan idea untuk mengolah tugas 'tesis; yang diterima..
tugas yang dinamakan 'tesis' itu dengan lebih spesifik bertajuk "Kajian Kinetik Tindak Balas Pengoksidaan Elektrokimia Bahan Pewarna Malachite Green"..
di saat ini juga tuanmu sedang berusaha untuk mengumpul semua koleksi jurnal yang berkaitan dengan tugas tersebut...
pada siang hari tuanmu ini baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab terakhir sebagai 'praktikal student' di mana satu pembentangan mengenai aktiviti sepanjang 'praktikal' telah disampaikan di hadapan profesor dan beberapa rakan tuanmu yang lain..
blog, tuanmu ini memang mempunyai masalah komunikasi di hadapan orang ramai di mana perasaan gugup selalu menyerang dirinya apabila tiba saat pembentangan..
itu baru pembentangan kecil belum lagi merasai pembentangan untuk tugas yang dinamakan 'tesis' itu (viva)..
tuanmu ini perlu berusaha dengan lebih kuat dan yang penting jangan cepat mengalah(berusaha untuk mempositifkan diri sendiri)..
tuanmu ini hendak meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir dengan segera dan mungkin tidak selalu menjengahmu wahai blog...

perasaan tuanmu yang tidak dapat dibendung -violet-

Followers

Search This Blog

Popular Posts