Cinta itu unik
Walau curahannya manis
Kadangkala menghiris
Rindu itu pelik
Dalam bisikan syahdu
Terselit hembusan hempedu
Kasih itu tragik
Walau diluah sepenuh hati
Namun sumpah mengeheret mati
Sayang itu jelek
Dalam menyemai benih setia
Namun nafsu mencemar bunganya
Lakaran abstrak isi dunia
Membentang sejuta hamparan
Yang ku tahu kekal hanya,,,,
Cinta kepada Ilahi
Rindu kepada Ya Rabbi
Kasih kepada yang memiliki
Sayang kalimah yang melindungi
No comments:
Post a Comment